Monday, 28 November 2011

Review : "Misteri Jalan Lama" bukan cerita hantu ok..!

Assalamualaikum~~

Sue sudah pon menonton filem misteri jalan lama...sebenarnya x plan nak tengok movie ni,tp disebabkan Puss in Boots penuh td sue decided untuk tengok cerita ni ...i thought it's a spooky n horror movie...

tapi sebenarnya filem ni cerita pasal dunia orang nian(orang bunian kot)...pasal Iskandar yang ada dua orang anak lelaki...but salah sorang tu anak orang nian n terpaksa dipulangkan selepas 25tahun... and the rest korang tengok sendiri lah ye... Agak lembab sikit la ceritanya n endingnya pun dapat dijangka....rasanya filem Afdlin Shauki sebelum ni lebih bagus la...tapi xlah terlalu teruk..ok2 saje la.. :)


Misteri Jalan Lama(poster).jpg



*SUERAIS*
Share

Saturday, 26 November 2011

Saya Rasa Macam Nak kahwin...TAPI...

Assalamualaikum~~

Ramai di sekeliling sue da mula membina masjid...ALHAMDULILLAH..kebanyakannya 23 tahun ke bawah...macam trend pulak kawen muda ni...n sue pun bila tengok diorang ni teringin nak kawen pulak...tapi sue kena pikirkan benda-benda di bawah ni :


  •  Saya belum habis belajar lagi...memang lah ramai yang dah berkahwin masa belajar...tapi honestly, saya       xmampu fokus pada 2 benda =(
  • Saya adalah anak sulung...saya perlu sara adek saya nanti...kalau dah berumahtangga saya xmampu...
  • Selama 20 tahun ibu-bapa saya menghabiskan duit menyara dan hantar saya belajar...xkan saya terus nak jadi 'milik' orang lain...saya nak senangkan ibu bapa saya dulu ;)
  • Tiada pendapatan lagi...xkan nak kawen guna duit mak bapak 100% ?Kesian diorang...
  • Saya masih keanak-anakan(childish) untuk memegang tanggungjawab seorang isteri dan seorang ibu...
  • Ilmu agama saya belum cukup untuk menjadikan saya ISTERI SOLEHAH dan IBU MITHALI

Maybe ada yang cakap sue bagi alasan or whatever la...but ini realiti diri saya tiada kena mengena dgn org lain.....impian sue dari kecik lagi adalah untuk senangkan hati mak n abah bila da bekerja...sue nak rezeki sue di limpahkan kepada mak abah tanpa memikirkan tanggungjawab lain... LOVE U MAK,LOVE U ABAH...=)





*suerais*
Share

Friday, 25 November 2011

Cedera Kerana Cakaran Kucing---MEOWW!

Semalam Boolat di serang oleh seekor kucing jiran..bergaduh sakan sampai tercabut bulu...so konon-kononnya sue ni nk selamat kan Boolat la kn...sue terus amik bulat bawak masok bilik n halau kucing tu...tiba-tiba dia melompat n menerkamku! ingatkan sikit je..sekali darah menitik.. maka jadi lah seperti di bawah..

 nampak x lubang 2?dalam sebenarnya..

Sebenarnya kalau x di rawat boleh dijangkiti kuman BARTONELLA HENSELAE(kuman yang apa menyebabkan penyakit cakar kucing or Bartonellosis)..biasanya kalau kena penyakit ni luka dari cakaran kucing tadi akan bernanah selepas beberapa hari..tapi sue da cuci luka ni sendiri n letak minyak gamat..Alhamdulillah kurang sikit luka n bengkaknya...


*suerais*
Share

Konsert 2PM esok kepada peminat K-Pop.. ;)

Grup superstar dari Korea, 2PM akan mengadakan konsert esok di Stadium Bukit Jalil pada 8pm esok seperti yang ditulis di SINI... so layan la gambar diorang ni ye...Perhatian : saya bukan fanatik korea ok! ;)



yang pakai baju biru 2 macho..hihi

*suerais*

Share

Thursday, 24 November 2011

Resepi : Kek Batik Untuk Adik..

Assalamualaikum~~


Semalam 23/11 bithday adeq SR....dia dok sibuk suruh buat kek batik..tak pernah try...bru first time buat ni...mula2 igtkan x jadi..huhu...nasib baiklah jadi...ni la resepinya :

Bahan-bahannya


1 bungkus biskut marie
100g/setengah bungkus butter cup
2 biji telur
1 cawan serbuk coklat
1/2 cawan milo(nak lebih pon boleh)
1 cawan air
3/4 cawan gula(Ikut citarasa masing2 la..guna susu pekat pon bley..)



Cara membuatnya :

1. Panaskan butter,masukkan serbuk coklat,milo,telur,gula,air n kacau perlahan(api sederhana2 je)
2. Tutup api n masukkan biskut marie yang dah dipatah2kan n kacau sampai sebati
3. Da sebati tuang ke dalam loyang, tekan biar mampat dan sejukkan dalam peti sejuk.
4. da sejuk boleh la dipotong dan dihidang ;)



Inilah hasilnye...hehehe






*suerais*
Share

Wednesday, 23 November 2011

Monday, 21 November 2011

Bas Cityliner yg Mogok,Aq Yg Jd Mangsa!

Semalam baru je bercita-cita nk g klinik utk check GUSI BENGKAK ni....so dengan penuh bersemangatnya aq pon bersiap la tngahari tadi tunggu bas nak gi klinik..almaklumla..saya adalah org yg ketiadaa lesen..hihi...tapi setengah jam aq dok terpacak tunggu bas,adek aq call inform yang hari ni xde bas sbb bas MOGOk!sabar je la...aq da la menahan sakit da ni...incik boifren pon keje xley nk hantar...menyusahkan betul la... 


Maybe pemandu bas cityliner ni mogok sebab syarikat Konsortium Transnasional Bhd (KTB) mungkin akan menghentikan sepenuhnya perkhidmatan bas Cityliner ni di enam negeri bulan depan (Selangor,Terengganu,Kelantan,Pulau Pinang,Kedah n Pahang) sekiranya xde pihak yang nak bantu syarikat tersebut..dan maybe lebih kurang 400 pemandu bas akan kehilangan kerja...harap-harap la ada pihak yg dapat selesaikan masalah ni sebab sy belum ada lesen lg.. =(






Share

Gusi Bengkak :(

Assalamualaikum~~

Da 2 hari gusi aq bengkak... sakit yang sangat! da kumur-kumur dengan semua bahan yang boleh dikumur da...tapi x baek2 gak...so saya telah menggoogle kan tentang gusi bengkak ni...

n maybe gigi geraham bongsu aq tumbuh dalam posisi yang tidak baik...esok aq akan g jumpa dentist disebabkan sakit yg tidak tertahan ni...makan pon susah..tekak pon sakit...muka da mula bengkak sebelah... hmmm... Doktor Gigi 2 mmg Menakutkan!macam mana kalo jadi cam kat bawah ni??




Habis semua gigi aq!

*suerais*
Share

Friday, 18 November 2011

........

Berubah kepada yang baik selagi nyawa dikandung badan. Tiada istilah belum bersedia atau belum sampai seru.
Share

Wednesday, 9 November 2011

Seksualiti Merdeka??

Sekarang ni kecoh pasal SEKSUALITI MERDEKA yang dianjurkan si Ambiga 2...and Marina Mahathir?Astaghfirullah~~ They said that its not a free sex party...yes..but please respect the sensitivity of others as u live in muslim country... and for those people that claimed there are MUSLIM but still be a part of this programme,dont u remember Nabi Luth A.S story(kisah Kaum Sodom)? ALLAH memang suruh kita bela nasib orang yang teraniaya...tp adakah diorang ni teraniaya?mungkin diorang tersalah arah,tersilap langkah...lebih baik kita bawak diorang balik ke jalan yg LuRUS dari terpekik terlolong nak bela hak diorang lah konon...

They said :  Kami percaya bahawa setiap orang di Malaysia berhak untuk bebas dari diskriminasi, keganasan ataupun gangguan hanya kerana orientasi seksual dan identiti jantina mereka. Kami percaya bahawa kita semua berhak untuk bertanggungjawab terhadap tubuh kita sendiri. "

Aloooo MakCik!!!! kalo da tau kita semua berhak bertanggungjawab kat tubuh sendiri kenapa nak sibuk2 pasal diorang ni??badan diorang bukan badan kau pon sebok nak bela nasib diorang...! Pernah ke golongan Lesbian,Gay,Transeksual and Bisexual ni kena hukuman gantung kt Malaysia ni?Pernah ke diorang xdapat kerja,xdapat makan,xdapat pakai?ramai yang berkerjaya,berduit,berjaya and macam2 ber la....so what's the problem? TOLONG JAGA SENSITIVITY KAMI SEBAGAI ORANG ISLAM..bukan islam je agama lain pun xsuka benda ni... Bersyukurlah dapat hidup kt Malaysia ni...jgn porak perandakn negara ni.... FOR THE MUSLIM WHO ARE INVOLVED,READ THIS :

sURAH AL-ANKABUT(28)
dan (ingatlah) ketika Luth berkata pepada kaumnya: "Sesungguhnya kamu benar-benar mengerjakan perbuatan yang Amat keji yang belum pernah dikerjakan oleh seorangpun dari umat-umat sebelum kamu".

Hadits riwayat Ibn Abbas : “Siapa saja yang engkau dapatkan mengerjakan perbuatan homoseksual maka bunuhlah kedua pelakunya”.






Jangan Gadaikan Agama,Keamanan dan Kebebasan Untuk Kepentingan Sendiri


*sue rais*




Share

Thursday, 3 November 2011

~~Best ke Jadi Orang Kaya~~??

Kaya itu Duit =)...Ramai yang fikir orang kaya ni  the happiest man in the world. Betul ke? Memanglah duit tu benda yang penting.. tapi duit bukanlah sgala-galanya.

If duit x diuruskan dengan betul kita gak yang merana. Orang cakap “ Money makes everything”...xde duit xde lah segala-galanya..sebab zaman  sekarang ni duitlah penanda aras status seseorang tu...org kaya bole hade apa saje yang dorang nak...rumah besar,kereta besar siap dgn drebar,latest gadgets,bla,bla,bla....semua la... 

tp kita lupa yang kekayaan ni jugak la punca kejahatan....bila da kaya mula ada perempuan simpanan,anak ikan,berjudi,tiap2 malam pergi party sana..party sini...,rasuah, macam2 la....
Sekarang ni byk kes culik,blackmails,rompak...semua 2 jadi sebab? sebab seseorang 2 kaya n yg wat hal 2 lak nak jadi kaya...ada paham?

 So the conclusion is, duit boleh buat hidup kita tersangat lah bahagia kalau kita pandai nak uruskan...tp duit n kekayaan jugak boleh buat hidup kita dalam kesengsaraan... bersyukur n hargailah apa yang kita ada......(^___^)



*Sue Rais*
Share

Tuesday, 1 November 2011

*sana,situ,sini penyanyi* kenapa penyanyi?

End of the year suda!x rasa masa berlalu...hmm...entry for today : *sana,situ,sini penyanyi* Why?


x dinafikan rakyat malaysia ni memang berbakat...sebab 2 la rancangan realiti nyanyian macam cendawan tumbuh...dari akademi fantafunti,mentol,malaysian adol,n yg terbaru vokal bukan sekadar wajah... ^__^
bukan untuk peserta dewasa je...untuk kanak-kanak pon ada....idola celik la,bintang kucil la,itu la ini la...mcm2 la....yg menjadi kemusykilan sekarang ni, betul ke diorang ni minat or just mencari populariti?
Ada yg sanggup meninggalkan kerjaya professional semata-mata nak jadi penyanyi...ada yang menjadi pelajar cemerlang tapi x meneruskan pelajaran sebaliknya menjadi penyanyi...

Malaysia dah banjir dengan penyanyi n all that....apa kata kita banjirkan Malaysia dengan peguam,doktor,dentist,surgeon,teachers,bankers,pilot and other professional career. Bknla nk cakap jd penyanyi ni x bagus...tp kalau suara x seberapa better forget it...lagi elok kita cari kelebihan kita kat benda lain....

yang untuk kanak-kanak ni lg 1...its okay if they just sing, tp kalo umur baru 10-11 tahun da nyanyi lagu loving2 dengan aksi romantik ape cer?its a bad influence to a child minds....

daripada parents sibuk masukkan anak2 pergi kelas menyanyi,kelas muzik, ballet or whatsoever la...lagi bagus kalo mereka2 ni hantar ank2 mereka pergi kelas mengaji or fardhu ain...lagi afdhal n berkat....didik la anak ke arah kebaikan...ajar anak2 untuk menyanyi bait2 kalam ALLAH itu baru amanah ibu bapa...



its not that im being narrow-minded..,but its my personal thinking n opinion....up to u to swallow it or spit it..

"Music is the career I'm lucky enough to get paid for, but I have other desires and passions."
*Layne Staley*

  sue rais   (^___^)
Share