Tuesday, 8 May 2012

Yang Wajib Dalam Drama/Filem Melayu

Assalamualaikum..!

Sekarang ni da makin banyak drama dan filem melayu yang diterbitkan...kalau dulu nak tengok drama melayu kt tv susah betul..kt pawagam?lagi lah susah...filem baru keluar sebulan sekali (tu pun xtentu)....tapi sekarang dah makin banyak...tapi drama dan filem melayu ni ada identiti dia..benda2 ni memang tak lari dari drama/filem kita....hehehe

* Bab makan kat restoran/warung/kafe MESTI ada.... bincang masalah keluarga kat meja makan,bergaduh    dengan kekasih kat cafe,melamar kat restoran,bergaduh kat warung...huhuhu . Mungkin untuk menunjukkan yang rakyat Malaysia sememangnya suka makan ;D

edtv-zahidizakariya.blogspot.com
* Watak gadis kampung mesti pakai baju kurung english cotton (yang bunga kecik2 tu) dan naik basikal . Pastu kalau tak pakai tudung rambut tocang..hehehe

* Kalau watak setiausaha pulak,mesti seksi pakai dress n skirt pendek...pastu ada affair dengan bos..

* Tak kira lah kaya ke miskin...kalau sakit mesti masuk hospital swasta..kalau further study pon kolej swasta...pelik-pelik....


* Watak janda/andartu meletup kampung mesti pakai kebaya nyonya..and then bawak payung..ergghhh

* Kalau watak bos garang,bila masuk ofis mesti ada dialog ni : ''kenapa berkumpul ni?curi tulang ye..!"
"awak ingat ni ofis bapak awak?pergi buat kerja..!' dah tu mintak fail kat staff... "mana fail yang saya mintak semalam "

* Tidur,makan,sakit,sembahyang,sarapan mesti pakai make-up....paling kurang pun pakai bulu mata palsu..hahaha....

* watak budak nakal kat sekolah kalau yang perempuan lipat lengan baju sampai lengan....yang lelaki baju tak tuck-in,baju tak butang...watak budak baik pulak pakai tudung or tocang dua...kadang2 jadi budak form 5 tapi bawak buku teks form 3...

* Mesti ada watak perampas suami/kekasih orang...pas tu mesti seksi,solek tebal,hot...

* Kalau ending dia watak jahat mati...mesti kena langgar kereta atau lori,kalau tak kena pukul dengan samseng


hahaha..jangan marah la ye....saje je mengutarakan pendapat... ;)
Share

No comments:

Post a Comment