Friday 22 June 2012

Pengalaman Vs Kelulusan?

Assalamualaikum..!

salm jumaat semua...;)
Pengalaman Vs Kelulusan?Dulu sue sibuk nak sambung belajar untuk dapat kelulusan yang lebih tinggi dari sijil SPM. Sekarang bila dah mula bekerja di sektor swasta,rasa macam kelulusan tak bagi apa2 makna pon kalau takde pengalaman kerja...yelah..orang yang cuma ade SPM dengan pengalaman 3tahun boleh dapat gaji yang lebih tinggi..!berbaloi ke?diorang tak payah susah2 nak bayar PTPTN pon...!nak bayar duit yuran Graduate bagai...untunglah badan....

Lepas tu biasanya fresh graduate akan duduk bawah diorang dan akan dimarah dan diherdik bila buat salah.....biasala kan..,nama pon kerja...hmmmm

Tapi sue percaya..belajar bukanlah semata-mata untuk mendapat pekerjaan......InsyaAllah ilmu tu boleh dipraktikkan dalam kehidupan....dan rezeki ALLAH ade kat mana2...mungkin sekarang belum lagi...next time maybe?Pray for me..;)

Saturday 16 June 2012

Nur Elaine Aisyah : Mualaf Ditentang berhijab...~~

Assalamualaikum..!

Dalam majalah 'Nona' Jun 2012 yang lepas....banyak isu 'hijab' yang diketengahkan.......dalam banyak-banyak personaliti yang muncul dalam majalah tu ada sorang wanita yang buat sue tertarik sangat-sangat.....seorang mualaf yang dulu beragama buddha.....nama beliau Nur Elaine Aisyah.....yang buat sue tertarik ialah kisah dia ditentang keluarga dia untuk berhijab sampaikan bila balik ke rumah ibu bapa dia,Aisyah terpaksa membuka hijab....

Nama sebenar Aisyah sebelum islam ialah Chua Siew Keng...beliau mula kenal islam semasa bekerja di Singapura....Kat sana lah Aisyah ni berkursus agama dan menukar agama kepada agama ALLAH,Islam di bawah JAKIM.Masa tu Aisyah ni belum berkahwin lagi...sekarang ni dia dah kahwin ....

Satu yang buat sue terkesan ialah bila Aisyah ni cerita...keluarga dia pertikaikan,why some born muslim dont wear hijab but she as a convert must wear hijab...? Bila kita fikir balik apa yang family Aisyah ni cakap ada logiknya....nampak tak apa kesan bila kita yang born as a muslimah not wearing tudung and covering aurat? Kita membuat orang yang bukan islam meragukan kewajipan menutup aurat dalam Islam..Kenapa Aisyah yang lahirnya bukan sebagai islam beria2 menutup aurat walaupun ditentang orang yang yang melahirkan dan membesarkan dia? Mungkin ada yang cakap dia dapat hidayah..bolehlah....tapi hidayah takkan datang kalau tak dicari kan?Wallahualam~~

Nur Elaine Aisyah


Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar) cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani - al-Ahzab : 59 

Melayu dan Bomoh..!

Assalamualaikum...!

Musim berasap nampaknya sekarang ni....bukan berasap ape...tapi jerebu...pagi2 nak pegi keja macam shooting filem seram je...hahaha

Cakap pasal seram...mesti ingat pasal bomoh!dalam zaman-zaman moden ni ada jugak lagi yang menggunakan khidmat si bomoh ni....untuk cari jodoh,naik pangkat,untuk bos sayang,laris meniaga,bla...bla...bla.....
 
Apa yang hebat sangat bomoh ni?dah terang lagi bersuluh yang menyekutukan ALLAH ni hukumnya SYIRIK!Dari kita dok jumpa bomoh yang baca hape tah terkumat kamit...lebih baik kita amalkan doa-doa dan ayat2 Al-Quran.....dapat pahala lagi...

Sebenarnya bukan melayu je yang percaya kan bomoh ni....bangsa lain pon percayakan bomoh jugak...tapi kita sebagai Melayu ni dah sah2 beragama ISLAM...nak buat apa berpegang dengan bomoh ni?kadang-kadang tu bukan main hot lagi mengalahkan Megan Fox...cakap melayu pon ada slang english...tapi pergi jumpa bomoh nak naikkan seri la...nak pasang susuk la...nak naik pangkat la...

hmmm...sendiri mau ingat la bila da guna bomoh ni....bomoh ni macam pengantara kita dengan Syaitan dan Iblis.....maknanya kita dah berurusan dengan setan...masih layak ke kita dipanggil ISLAM bila kita dah menduakan ALLAH?Nauzubillahiminzalik...~~
Powered By Blogger