Saturday 16 June 2012

Nur Elaine Aisyah : Mualaf Ditentang berhijab...~~

Assalamualaikum..!

Dalam majalah 'Nona' Jun 2012 yang lepas....banyak isu 'hijab' yang diketengahkan.......dalam banyak-banyak personaliti yang muncul dalam majalah tu ada sorang wanita yang buat sue tertarik sangat-sangat.....seorang mualaf yang dulu beragama buddha.....nama beliau Nur Elaine Aisyah.....yang buat sue tertarik ialah kisah dia ditentang keluarga dia untuk berhijab sampaikan bila balik ke rumah ibu bapa dia,Aisyah terpaksa membuka hijab....

Nama sebenar Aisyah sebelum islam ialah Chua Siew Keng...beliau mula kenal islam semasa bekerja di Singapura....Kat sana lah Aisyah ni berkursus agama dan menukar agama kepada agama ALLAH,Islam di bawah JAKIM.Masa tu Aisyah ni belum berkahwin lagi...sekarang ni dia dah kahwin ....

Satu yang buat sue terkesan ialah bila Aisyah ni cerita...keluarga dia pertikaikan,why some born muslim dont wear hijab but she as a convert must wear hijab...? Bila kita fikir balik apa yang family Aisyah ni cakap ada logiknya....nampak tak apa kesan bila kita yang born as a muslimah not wearing tudung and covering aurat? Kita membuat orang yang bukan islam meragukan kewajipan menutup aurat dalam Islam..Kenapa Aisyah yang lahirnya bukan sebagai islam beria2 menutup aurat walaupun ditentang orang yang yang melahirkan dan membesarkan dia? Mungkin ada yang cakap dia dapat hidayah..bolehlah....tapi hidayah takkan datang kalau tak dicari kan?Wallahualam~~

Nur Elaine Aisyah


Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar) cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani - al-Ahzab : 59 

1 comment:

  1. Thank you for sharing the story, Sue. Insya Allah dapat memberi inspirasi kepada muallaf-muallaf lain... tq

    ReplyDelete

Powered By Blogger