Friday 31 August 2012

Kerja Bila Takde Kerja.

Assalamualaikum....

Kebosanan melanda diri ku di office hari ni..mood Merdeka sampai sebelum harinya..over ke x tu?haha..Disebabkan kebosanan takde kerja,sue melayan rasa gatal nak kawen di hati...men'design' baju kahwin idaman...dalam otak terbayang design lain...tapi bila lukis jadi lain..haha..BTW,Selamat Menyambut Hari Kemerdekan dan Selamat Bercuti... ^___^







Thursday 30 August 2012

Penindasan Islam Di Serata Dunia : Chapter 1

Assalamualaikum....
Semakin hari semakin ramai umat islam yang ditindas....dari satu negara ke negara lain...tapi kita di Malaysia sibuk mengukur kemodenan dan tahap ke"baratan" kita...tanpa ada rasa insaf dan takut....baik yang muda mahupun tua bangka.,yang kaya mahupun yang fakir,yang berpangkat dan tidak berpangkat...semua lupa agama...semua tutup mata akan kesengsaraan mereka...Allahuakbar...~~

1.China
Pada Ramadhan tahun ini (2012),para pegawai Islam dan pelajar di wilayah barat laut Xinjiang telah dilarang berpuasa selama bulan Ramadhan.Wilayah Xinjiang dengan penduduknya yang majoriti Islam dengan 8 juta penduduk terus menjadi korban tindakan diskriminasi daripada kerajaan China. Islam Xinjiang merasa tertekan di tanah kelahirannya sendiri dengan datangnya etnik Han, etnik majoriti di China yang mengancam jati diri dan budaya mereka.Beijing menganggap bahawa daerah Xinjiang ini mempunyai aset yang sangat bernilai kerana letak strategiknya di Asia Tengah dan kekayaan minyaknya. sumber:

Rumah umat islam di Mnyanmar dibakar
2.Myanmar
Umum tahu yang masyarakat islam di Myanmar atau dikenali sebagai orang Rohingya di tindas oleh masyarakat Buddha di sana. Mereka adalah kaum minoriti dan penindasan mereka bermula dari zaman pemerintahan  Raja Bayinnaung lagi yang membenci mereka kerana agama . Raja zalim ini melarang makanan halal untuk orang islam dan melarang menyembelih haiwan dengan nama Allah serta mengharamkan perayaan AidilAdha. 



3.Palestin
Kekacauan dan penindasan di tanah rakyat Palestin masih berlaku sehingga kini, yang mana dahulunya sewaktu pemerintahan Empayar Uthmaniyyah, rakyat yang terdiri daripada pelbagai agama, bahasa dan bangsa dapat hidup dengan aman dan selamat selama lebih kurang 400 tahun. Penyembelihan dan pembunuhan yang di­lakukan dengan penuh kejam yang berterusan sehingga ke hari ini, bermula apabila kawasan tersebut jatuh ke dalam dominasi British dan ditambah pula dengan keinginan untuk me­wujudkan negara Yahudi yang merdeka. 

4.Bosnia,Kosovo
Bosnia
Ingat dengan penyembelihan beramai2 di Bosnia? bermula pada tahun 1992 dan hanya berakhir pada 1995..ketika Sue masih 2tahun..hmm..Sepanjang tempoh tersebut telah berlaku kekejaman dan keganasan yang sukar dicari contohnya di dalam sejarah kehidupan manusia. Jumlah umat Islam Bosnia yang dibunuh oleh orang-orang Serbia adalah melebihi 200,000 orang. 2 juta orang telah diusir dari rumah mereka, dan kira-kira 50,000 umat Islam wanita telah dicabul ke­pe­ra­wa­nannya. Perkara yang sama kemudian turut berlaku di Kosovo.

5.Chechnya
Sejarah perjuangan kental umat Islam Chechnya menentang Rusia bermula pada akhir abad kelapan belas berikutan dengan penawa­nan dan seterusnya pembunuhan yang di­lakukan terhadap Imam Mansur, seorang pe­juang penentang legenda, pada tahun 1791, di tangan pihak Rusia. Pada tahun 1816, selepas Czar (Pent: gelaran yang diberikan kepada raja Rusia dahulu) mengarahkan Jeneral Yermolov untuk memimpin pasukan tentera Rusia, orang-orang Chechen yang tinggal di utara Caucasus telah dibunuh dengan begitu kejam. Apabila pemimpin umat Islam Chechen Imam Hamzat dibunuh, Sheikh Shamil mengambil alih teraju kepimpinan tentera Chechen, dan mula ber­juang hebat untuk men­dapatkan kemerdekaan, yang seterusnya di­per­turunkan dari satu ge­ne­rasi ke satu gene­rasi berikutnya se­hing­ga­lah ke hari ini.

 
Kanak-kanak Chechnya
       



Al Maidah : 35
" Hai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah dan carilah jalan yang mendekatkan diri kepada-Nya, dan berjihadlah pada jalan-Nya, supaya kamu mendapat keberuntungan. "





sumber : Islamandsunnah ,Halimiislam , wikipedia ,Harunyahya

Monday 27 August 2012

Projek 4 : Langsir Simple Untuk Mak~~

Assalamualaikum...!

Raya yang baru lepas ni mak mintak sue jahitkan langsir untuk dia...tapi langsir yang sangat2 simple sebab kesuntukan masa nak jahit...mak malas nak tempah kat orang sebab upahnya memang sangat2 mahal....jadi mak suruh la anak dara dia yang tak berapa pandai nak menjahit ni jahitkan...janji tukar baru and sedondon dengan karpet dia..huhu..

tahun ni warna hijau...^__^





Dan hasilnya tak la terlalu memberangsangkan...tapi boley laa....;)



Sunday 26 August 2012

Raya oh Raya..! ;))

Assalamualaikum....!

Selamat Hari Raya...Minal Aidil WalFaizin...;))

Da seminggu beraya...masa bekerja pun tiba...huhhh....kan bagus kalau cuti 2minggu..haha
Bila baru habis raya ni percaya la...time kerja nanti mesti ada yang bawak bekal biskut raya g tempat kerja punya..;)
Yela...time raya tak beringat...baju raya sampai 7-8 pasang...kasut raya 5 pasang...langsir baru,perabot baru,semua nak baru....sudahnya lepas raya makan lebih2 kuih raya je laa..haha...tak faham kenapa bila raya je mesti nak semuanya baru.,x salah..tapi biar berpada-pada....kalau kita membazir apa guna kita berpuasa?bukan ke salah satu sebab kita berpuasa tu supaya kita dapat merasa kesusahan orang lain n bersederhana??Raya bukan masa kita tunjukkan baju raya siapa lebih cantik,perabot siapa paling mahal dan siapa paling 'vogue'....tapi raya masa kita meraikan kemenangan kita setelah berpuasa selama sebulan...betul kan?
;))


Sesungguhnya orang-orang yang boros itu adalah saudara-saudara Syaitan, sedang Syaitan itu pula adalah makhluk yang sangat kufur kepada Tuhannya.
Surah Al-Isra' : Ayat 27





Thursday 16 August 2012

Berita Paling Tak Relevan TV3..~~

Assalamualaikum..!

Semalam bersemangat menunggu dekat depan tv sebab nak membuktikan ketidak relevanan Buletin Utama tv3 bila dia boleh keluarkan cerita pasal kes Neelofa dengan Datuk Yusof Haslam??Siap keluar dekat "sedutan berita malam ini" tu..!Penting betul diorang dekat negara kita ni..!Sedangkan berita tentang kematian Datuk Punch Gunalan diorang tak masokkan dalam sedutan berita...apakah??

Friday 10 August 2012

Mood Raya ;)

Assalamualaikum...!

Salam 21Ramadhan..;)
Tak sangka da 21hari kita menahan lapar dan dahaga...n seminggu je lagi untuk menyambut hari raya...disebabkan mood raya lah aku mengambil keputusan untuk cuti selama seminggu...hamek kau!macam orang kerja gomen!

Alhamdulillah..Puasa kali ni aku lebih dekat dengan-Mu Ya Allah... ;))

Powered By Blogger