Thursday 30 August 2012

Penindasan Islam Di Serata Dunia : Chapter 1

Assalamualaikum....
Semakin hari semakin ramai umat islam yang ditindas....dari satu negara ke negara lain...tapi kita di Malaysia sibuk mengukur kemodenan dan tahap ke"baratan" kita...tanpa ada rasa insaf dan takut....baik yang muda mahupun tua bangka.,yang kaya mahupun yang fakir,yang berpangkat dan tidak berpangkat...semua lupa agama...semua tutup mata akan kesengsaraan mereka...Allahuakbar...~~

1.China
Pada Ramadhan tahun ini (2012),para pegawai Islam dan pelajar di wilayah barat laut Xinjiang telah dilarang berpuasa selama bulan Ramadhan.Wilayah Xinjiang dengan penduduknya yang majoriti Islam dengan 8 juta penduduk terus menjadi korban tindakan diskriminasi daripada kerajaan China. Islam Xinjiang merasa tertekan di tanah kelahirannya sendiri dengan datangnya etnik Han, etnik majoriti di China yang mengancam jati diri dan budaya mereka.Beijing menganggap bahawa daerah Xinjiang ini mempunyai aset yang sangat bernilai kerana letak strategiknya di Asia Tengah dan kekayaan minyaknya. sumber:

Rumah umat islam di Mnyanmar dibakar
2.Myanmar
Umum tahu yang masyarakat islam di Myanmar atau dikenali sebagai orang Rohingya di tindas oleh masyarakat Buddha di sana. Mereka adalah kaum minoriti dan penindasan mereka bermula dari zaman pemerintahan  Raja Bayinnaung lagi yang membenci mereka kerana agama . Raja zalim ini melarang makanan halal untuk orang islam dan melarang menyembelih haiwan dengan nama Allah serta mengharamkan perayaan AidilAdha. 



3.Palestin
Kekacauan dan penindasan di tanah rakyat Palestin masih berlaku sehingga kini, yang mana dahulunya sewaktu pemerintahan Empayar Uthmaniyyah, rakyat yang terdiri daripada pelbagai agama, bahasa dan bangsa dapat hidup dengan aman dan selamat selama lebih kurang 400 tahun. Penyembelihan dan pembunuhan yang di­lakukan dengan penuh kejam yang berterusan sehingga ke hari ini, bermula apabila kawasan tersebut jatuh ke dalam dominasi British dan ditambah pula dengan keinginan untuk me­wujudkan negara Yahudi yang merdeka. 

4.Bosnia,Kosovo
Bosnia
Ingat dengan penyembelihan beramai2 di Bosnia? bermula pada tahun 1992 dan hanya berakhir pada 1995..ketika Sue masih 2tahun..hmm..Sepanjang tempoh tersebut telah berlaku kekejaman dan keganasan yang sukar dicari contohnya di dalam sejarah kehidupan manusia. Jumlah umat Islam Bosnia yang dibunuh oleh orang-orang Serbia adalah melebihi 200,000 orang. 2 juta orang telah diusir dari rumah mereka, dan kira-kira 50,000 umat Islam wanita telah dicabul ke­pe­ra­wa­nannya. Perkara yang sama kemudian turut berlaku di Kosovo.

5.Chechnya
Sejarah perjuangan kental umat Islam Chechnya menentang Rusia bermula pada akhir abad kelapan belas berikutan dengan penawa­nan dan seterusnya pembunuhan yang di­lakukan terhadap Imam Mansur, seorang pe­juang penentang legenda, pada tahun 1791, di tangan pihak Rusia. Pada tahun 1816, selepas Czar (Pent: gelaran yang diberikan kepada raja Rusia dahulu) mengarahkan Jeneral Yermolov untuk memimpin pasukan tentera Rusia, orang-orang Chechen yang tinggal di utara Caucasus telah dibunuh dengan begitu kejam. Apabila pemimpin umat Islam Chechen Imam Hamzat dibunuh, Sheikh Shamil mengambil alih teraju kepimpinan tentera Chechen, dan mula ber­juang hebat untuk men­dapatkan kemerdekaan, yang seterusnya di­per­turunkan dari satu ge­ne­rasi ke satu gene­rasi berikutnya se­hing­ga­lah ke hari ini.

 
Kanak-kanak Chechnya
       



Al Maidah : 35
" Hai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah dan carilah jalan yang mendekatkan diri kepada-Nya, dan berjihadlah pada jalan-Nya, supaya kamu mendapat keberuntungan. "





sumber : Islamandsunnah ,Halimiislam , wikipedia ,Harunyahya

No comments:

Post a Comment

Powered By Blogger