Wednesday, 8 April 2015

Kahwin.

Assalamualaikum.

Sebut kahwin siapa yang tak suka, siapa yang taknak..betul? Lagi-lagi bila umur dah lebih 21 tahun, itu lah target dan motivasi nak cari duit lebih untuk sesetengah orang.

Tapi dalam excited nak kahwin, selalu kita lupa tanggungjawab kahwin tu bukan macam main kahwin-kahwin masa tadika. Kena betul-betul sedia dan faham yang lepas kahwin komitmen kita bertambah, sebagai suami/isteri,anak,menantu,ibu/bapa & pekerja. Seriously, i want to get married, but honestly i'm not ready yet. Walaupun dalam usaha ke arah tu, tapi jujurnya masih ragu.

Bukan taknak kahwin,gila taknak!hahaa..tapi mungkin persediaan mental belum cukup. To those who are married, you are awesome! but please don't judge us and stop asking when we  will getting married. Jodoh itu ditangan Allah, kalau anda-anda semua persoalkan jodoh kami, samalah macam anda persoalkan kerja TUHAN. Just live your life happily, insyaAllah we will follow you after our dreams have been fulfilled.

Amin. :)

Share

Sunday, 5 April 2015

Pervert?Otak kuning?

Assalamualaikum.

Tak sedar dah masuk bulan April untuk 2015 ni. Makin cepat masa berlalu. Tajuk kat atas ni maybe buat sesetengah dari kita melenting,tapi itu lah realiti. Baru-baru ni keluar post dekat facebook pasal perkahwinan syarifah sakinah, tergerak nak tengok komen, majoriti yang komen semua bunyinya:
"malam ni ada yang pecah lah,kalau virgin lagi..huhu"
"habislah husband sakinah...dia ni buas..."
"malam ni katil goyang lah"

APA JADAHNYA WOI?yang komen pon ada jugak perempuan. Memang bila ada yang bernikah,itu je ke kat fikiran korang?pervert sangat ke pemikiran bangsa kita ni? Itu belum masuk kes officemate2 yang dah kahwin bergurau lucah setiap khamis. Please lah, behave sikit...tau dah halal,tapi bukan tiket nak cerita hal dalam kain kat orang lain. Simpan-simpan lah pervert korang tu untuk diri sendiri dan suami/isteri. 😒

Share