Monday, 2 July 2018

ZOO NEGARA !

Assalamualaikum!

Hari Khamis lepas ambik cuti sehari untuk hantar mak and abah ke airport. Walaupun flight pagi dan sempat nak masuk kerja tengahari tu tapi tetap ambik satu hari untuk luangkan masa dengan suami dan anak. Hehe.

Mula-mula cuma nak pergi IOI Mall Putrajaya, tapi sebab dah bosan dengan mall,terus terfikir nak pergi Zoo yang dah berkurun lama tak pergi. We arrived at 10.30 a.m. which are about 1 hour from KLIA2. As it's weekdays, many parking are available. The parking fees is Rm 9.00 ++ for single entrance.

Harga tiket untuk Malaysian dewasa RM 41.50, untuk Isyraf pulak free sebab below 3 years. First masuk je dah ada yang panggil bergambar dekat diaorang punya "photobooth",lepas tu diorang akan pujuk korang untuk beli gambar-gambar yang diorang dah snap. Kat sini korang kena pandai kalis lah kalau tak nak beli,macam kitorang terbang RM 135 untuk 6 gambar and soft copy. huhuhu

Pertunjukan binatang setiap hari pukul 11 a.m., kitorang sampai lambat sikit dekat situ, dan tak sempat ambil gambar sebab leka sangat with the show. Kat sini ada disediakan tram (bas mini tu) cas RM 8 kalau tak silap. Kitorang just jalan kaki je,lagi best walaupun berlecak ketiak. haha. Zoo ni memang besar, kalau dukung budak boleh senget pinggang. Banyak tandas disediakan kat sini,so kalau kuat kencing ke cirit birit dont worry. Surau pun ada kalau nak solat.

Bagi kitorang OK sangat Zoo negara kita. Harga tiket tu pon berbaloi lah dengan tempat dia yang besar and kemudahan yang ada. Kalau tak dari tiket tu macam mana pengurusan nak survive for the animals food right?


Bear face ;P
paling lama stop dekat Giraffe 


No comments:

Post a Comment