Thursday, 3 December 2015

HARTA DUNIA

Harta dunia boleh buat manusia gila,
Boleh buat manusia lupa,
Boleh buat manusia alpa,
Ada yang berantakan adik abang,
Ada yang cerai berai suami isteri,
Ada yang anak derhaka ibu ayah,
Ingatlah...harta dunia hanya pinjaman,
Hatta nyawa dan nafas kau hembus,
Semuanya pinjaman..

Wednesday, 26 August 2015

Review : DIY mini pelamin simple

Assalamualaikum.
Selesai sudah majlis pertunangan kami pada 9/8/2015. Nak review pasal mini pelamin yang dibuat sendiri oleh saya dan kakak officemate.

Barang yang digunakan:

1) kain backdrop off white 10m+purple 3m - beli dekat nagoya RM2.80/m
2) bantal tebal warna cream - Mr.DIY RM 11.90
3) lampu - GM klang RM34/pair
4)Paper lantern - Mr DIY 2.30/PCS (big) RM 1.80 (small) - 6 pax , s(2)+b(4)
5) Kain bulu 2.5m- Kamdar 17/m
6) bunga besar - lelong malam raya dekat jalan taiping,klang 2 RM60
7) bunga kecik 4pcs - tmpat lelong yang sama, Rm5/pcs
8) toto lama untuk alas - free

Total semua :
13 x RM 2.80 = Rm 36.40
11.90 x 1        = Rm 11.90
34.00 x 1        = Rm  34.00
  2.30 x 4        = Rm     5.20
  1.80 x 2        = Rm     3.60
17.00 x 2.5     = Rm  42.50   
60.00 x 1        = Rm  60.00
  5.00 x 4        = Rm   20.00  

Total               = Rm 213.60

Dan semua boleh diguna semula,plan nk buat untuk decoration bilik pengantin time kahwin nanti..save budget...heehee
Dan hasilnya bolehlah nak dibandingkan sewa, tapi berbaloi.

                 

Wednesday, 29 July 2015

Review : The DIY Hantaran

Assalamualaikum.

Lets see the result of last post about the hantaran DIY here :) For food like cake,chocolate and fruits still not done yet. Not so 'wow' , but I proud that I did it 😃 .

Tuesday, 21 July 2015

Review : Hantaran (1)

Assalamualaikum.

Lets start doing the alas hantaran for the engangement. 😃
Disebabkan aku seorang yang tersangat lah save budget person, so I decided to diy my hantaran. Memang banyak jimat berbanding upah atau beli siap, tapi mestilah rajin ok.

I bought my hantaran item at different shop to compare the prize. For gabus and wrapper I bought at wedding store near the GM Klang. The price quite expensive. For dulang I bought at GM, 3 for RM 10. The "bunga-bunga cinta" I use crepe paper flower,pastel blue and lavender colour. 2 bulan jugak lah nak siap kan. 😭   
Dan hasilnya adalah seperti dalam gambar. Hehehe. Hasil gubahan sepenuhnya kita update lain kali ye. :)

Wedding Colour Theme

Hye Peeps,

Lets talk about wedding theme colour :). I love peach and pastel colours. As I have been propose...hehehe...first step I think is the theme colour I want to choose. I am thinking to choose peach and brown or peach n gold :)

Wednesday, 8 April 2015

Kahwin.

Assalamualaikum.

Sebut kahwin siapa yang tak suka, siapa yang taknak..betul? Lagi-lagi bila umur dah lebih 21 tahun, itu lah target dan motivasi nak cari duit lebih untuk sesetengah orang.

Tapi dalam excited nak kahwin, selalu kita lupa tanggungjawab kahwin tu bukan macam main kahwin-kahwin masa tadika. Kena betul-betul sedia dan faham yang lepas kahwin komitmen kita bertambah, sebagai suami/isteri,anak,menantu,ibu/bapa & pekerja. Seriously, i want to get married, but honestly i'm not ready yet. Walaupun dalam usaha ke arah tu, tapi jujurnya masih ragu.

Bukan taknak kahwin,gila taknak!hahaa..tapi mungkin persediaan mental belum cukup. To those who are married, you are awesome! but please don't judge us and stop asking when we  will getting married. Jodoh itu ditangan Allah, kalau anda-anda semua persoalkan jodoh kami, samalah macam anda persoalkan kerja TUHAN. Just live your life happily, insyaAllah we will follow you after our dreams have been fulfilled.

Amin. :)

Sunday, 5 April 2015

Pervert?Otak kuning?

Assalamualaikum.

Tak sedar dah masuk bulan April untuk 2015 ni. Makin cepat masa berlalu. Tajuk kat atas ni maybe buat sesetengah dari kita melenting,tapi itu lah realiti. Baru-baru ni keluar post dekat facebook pasal perkahwinan syarifah sakinah, tergerak nak tengok komen, majoriti yang komen semua bunyinya:
"malam ni ada yang pecah lah,kalau virgin lagi..huhu"
"habislah husband sakinah...dia ni buas..."
"malam ni katil goyang lah"

APA JADAHNYA WOI?yang komen pon ada jugak perempuan. Memang bila ada yang bernikah,itu je ke kat fikiran korang?pervert sangat ke pemikiran bangsa kita ni? Itu belum masuk kes officemate2 yang dah kahwin bergurau lucah setiap khamis. Please lah, behave sikit...tau dah halal,tapi bukan tiket nak cerita hal dalam kain kat orang lain. Simpan-simpan lah pervert korang tu untuk diri sendiri dan suami/isteri. 😒

Powered By Blogger