Assalamualaikum.
Lama tak update,tetiba dah lagi 2 bulan nak kahwin. :) Disebabkan sekarang ni ekonomi amat2lah mencekik, so moh le kita berjimat nak kahwin ni. First penjimatan kita ialah buat kad kahwin sendiri..hehehe
Disebabkan mula2 memang nak buat tema perkahwinan rustik,so memang dah rancang nak buat kad kahwin sendiri guna kertas kraft. Tapi disebabkan tema dah lari, teruskan je lah buat kad kahwin kraft ni walaupun macam tak kena..ada aku kisah..! Haha
So kad kraft beli online sebab cari merata tak ada,kat popular ada tapi nipis. Kos untuk 300 kpg RM 55 + postage RM 15 = RM 70. Templat kad ni ambik dekat fb page "pengantin diy". Buat masa ni hasil dia macam kt bawah. Plan nak tambah doily paper jadikan envelope.