Ketawa bersama
Menangis bersama
Ku bersumpah harap kita
Mati pun bersama
**satu pasangan yang sehati sejiwa dan berjanji sehidup semati
Sejak dua menjak ini
Makin kerap ku diganggu visi
Bila celik, juga bila mimpi
Aku nampak kau, tapi bukan aku yang di sisi
Dia membelaimu dengan izin dan permisi
Sentuhan katanya semuanya kau iakan
Sentuhan jari kau diamkan dan biarkan
**si lelaki mula bermimpi dan mempunyai firasat si wanita akan bersama dengan lelaki lain
Aku redha walau tidak ku damba
Walau hampa semuanya dah dijangka
Beberapa purnama dulu cinta bertakhta *hubungan yang dijalin dah begitu lama
Kenangan dibina kita indah belaka
**si boy redha dan pasrah walau bukan itu yang dia mahu
Ketawa bersama, menangis bersama *setelah susah senang dilalui bersama harapan mereka dpt hidup bersama
Ku bersumpah harap kita mati pun bersama
Namun hakikatnya, bukan mudah
Aku sembunyikan gulana-gundah
Segalanya kan berubah
Dengarkan apa yang ku mahu luah
**si boy mempunyai satu rahsia yang disembunyikannya selama ini yang ingin diluahkan
Rahsia ini
Telah lama aku pendamkan
Tiba masanya
Segala-galanya
Kuceritakan
Aku kan pergi
Pergi ku tak akan kembali
Tiba masanya
Kau cari teman pengganti
**si lelaki memberitahu yang dia akan meninggalkan dunia ini dan mengharapkan si perempuan mencari pengganti dirinya
Dalam dunia yang maya, prejudis dan bias *dalam dunia sekarang yang penuh penipuan dan berat sebelah
Kita tak terlepas dari terkena tempias
Rimas, ditindas, sembunyi dalam puisi dan kias *mereka tak terlepas dari cacian dan kata2 sinis
Tidak kau bidas, tak berpaling walau sekilas
Hanya kau yang tahu kodeksku yang kompleks *si girl tak kisah dan tak pernah tinggalkan si lelaki dan mengerti si lelaki
Dalam disleksia cuba kekal dalam konteks *dalam ketidakmengertiaan tentang hidup,dia cuba mengikut apa yang benar
Bila dunia seolah tak memahami
Kau sudi selami, dalami dan mengalami
Setia mendengar, sentiasa hadiir
Ingat setiap ulangtahun, setiap hari lahir *si boy menghargai si girl yang sentiasa ada di sisinya, memahaminya dan igt setiap tarikh-tarikh penting
Tiba pagi syawal, kaulah yang terawal *setiap pagi raya si girl pasti datang awal bertemu si boy
Syawal yang terakhir ini pasti rasa janggal *syawal kali ini dia merasa janggal kerana mungkin ini syawal terakhir
70 000 hijab harus kusingkap
*ini mungkin merujuk kepada satu hadis yang diriwayatkan oleh Abu Ya'la dalam Mu'jam Abu Ya'la al-Mausuli (1/83) ( Di bawah Allah terdapat 70 ribu hijab dari cahaya dan kegelapan, dan tidaklah kau mendengar sesiapa yang menyentuhnya melainkan akan musnahlah dirinya) -wallahua'lam-
Kusorok kitab balik tingkap penjara hinggap *ini mungkin merujuk si boy yg mula mbaca kitab suci Al-Quran
Dalam diam ada, seorang yang kupuja
Kau teristimewa tapi Dia yang sempurna *mungkin si boy menerangkan si girl istimewa dlm hatinya tapi yg dipujanya hanya Allah yang Satu - tp malique menggunakan kata "seorang"..yang ni agak keliru sikit..mungkin yang jadi pujaannya Rasulullah S.A.W,Yang Sempurna Allah S.W.T
Rahsia ini
Telah lama aku pendamkan
Tiba masanya
Segala-galanya
Kuceritakan
Aku kan pergi
Pergi ku tak akan kembali
Tiba masanya
Kau cari teman pengganti
Sejak dua menjak ini, kumencari fungsi kewujudan *si boy mula mencari apa tugas manusia di dunia sbg khalifah
Dalam persekitaran yang penuh kejumudan *dalam dunia yang penuh jumud=kehinaan dan kebodohan
Terperangkap dalam jasad, ku keliru
Mujur ada kau si peneutralisasi pilu *si boy mula terkeliru tp si girl sentiasa memberinya semangat
Namun aku tetap murung, berkurung
Tubuh makin susut, menunggu tarikh luput
Komplikasi di halaman susuk kiri
Makin sukar nak bernafas, nak bergerak, nak berdiri
**penyakit yang dialami si boy mula serius dan melarat.Dia semakin tenat.
Lagu ini yang terakhir aku sajikan
Kalau rindu nanti bolehlah kau nyanyikan *Lagu ni lagu terakhir yg ditujukan pada si girl
Jaga diri, jangan makan hati *si boy berpesan jangan susah hati dan bersedih
Yang patah kan tumbuh, yang hilang kan berganti * si boy pesan lagi satu hari nanti si girl akan bertemu pengganti
Bilik dah kukemas, katil dah kurapi
Cincin, kunci, dompet dalam laci *semua barang2 dia dah simpan,bilik jua dah dikemas
Ada sikit wang, itu saja baki
Moga-moga cukup untuk majlis tu nanti *ada sedikit wang simpananya di tinggalkan,dia berharap cukup untuk majlis tahlilnya nanti
Aku kan pergi
Bertemu kekasih abadi
Tiba masanya
Kau cari teman pengganti
**si boy semakin dekat dengan ajalnya,sekali lagi dia berpesan supaya si girl cari pengganti dirinya..
*******
Assalamualaikum..'
Apa yang sue tafsir dari lagu ni hanyalah andaian...kalau salah harap maafkan...ini dari penilaian dan tafsiran sue sahaja...untuk perkongsian bersama ;)
Cik Mawar boleh terangkan lagi pasal 70,000 hijab tue?
ReplyDelete