Friday, 22 March 2019

Travel Itinerary : Sabah Day 1 (KK)

Assalamualaikum!

I just back from Sabah!

Ni kira plan mengejut jugak lah, plan and bought the flight ticket on January 2019.  Flight beli dengan Airasia satu family total RM 258 x 3 pax + luggage 20KG RM 74.55 = RM 848.55. Kami ambil flight pagi depart pukul 10.20 a.m. Tapi Airasia memang terkenal dengan flight delayed, so kami terbang pukul 11.00 a.m.

Sampai KK Airport lebih kurang pukul 1.15 p.m. Terus pergi ambik kereta yang dah booked through Easybook sebab ada point so boleh redeem. Nama company kereta sewa tu Epta Travel, kaunter dekat dalam KKIA tu jugak. Kami ambil kereta Saga tahun 2010 dengan rate RM 117.00/day.

Lepas dapat kereta terus menuju hotel Promenade Service Apartment untuk check in. Tapi tak recommended lah sebab dia service apartment, so bercampur dengan rumah orang. Then jalan nak ke bilik pon agak sunyi dan kotor. Book dekat situ sebab murah dan dekat dengan pasar filipin,then the reviews at the Agoda (we booked through Agoda) is quite good. Maybe sebab kitorang dapat bangunan lama kot. Lepas rehatkan diri kitorang pergi cari makanan dekat Pasar Filipin, memang banyak seafood fresh dekat sini tapi kitorang makan dekat KK Waterfront foodcourt sebab tak selesa makan dalam pasar tu. Lagi satu kononya nak makan sambil tengok sunset.. heehee.. Seafood diorang memang fresh, tapi masakan kurang menepati selera 😁. 




Lepas makan kitorang gerak ke light festival, Oceanus Mall. Kitorang jalan kaki je sebab nak save duit minyak kereta untuk ke Kundasang esoknya 😊. Pukul 8.30 macam tu kami balik ke hotel sebab penat pagi tu pon tak habis lagi... Isyraf je yang recharge.. haha.. 
Esoknya ke Kundasang kita cerita next post ya. 😊



Thursday, 14 March 2019

BABIES INFO : ALAHAN PROTEIN SUSU LEMBU

Assalamualaikum.

Pernah dengar Alahan Susu Lembu?Isyraf salah seorang bayi yang allergic to cow's milk. Semua yang ada kandungan susu lembu akan buat dia ruam atau muntah. Sekarang dah masuk 2 tahun 2 bulan he is getting better, tapi still bila dia makan makanan yang ada dairy milk akan naik ruam sekeliling mulut. Kalau dulu if he consume any cow's milk product, he will vomit like Niagara Fall..seriously...hehehe

Apa itu Alahan Protein Susu Lembu?

Tindak balas luar biasa yang berlaku apabila tubuh kita terdedah kepada protein susu lembu. Tindak balas ini dicetuskan oleh sistem imunisasi tubuh kita dan oleh itu boleh menjejaskan pelbagai bahagian dalam tubuh kita; seperti kulit, paru-paru dan usus.


Gejala-gejala 

Biasanya bayi dengan alahan susu akan mengalami lebih daripada dua simptom pada dua sistem organnya:
  • gastrousus (cirit-birit, loya, muntah-muntah);
  • kulit (angioderma, dermatitis, ekzema, gatal-gatal);
  • pernafasan (asma, batuk, rinitis, berdehit).

Untuk Isyraf, masa umur bawah 8 bulan dia kan muntah kalau dia consume dairy products. Tapi bila umur dia dah 8 bulan ke atas dia just naik ruam kalau ter consume dairies, and kadang - kadang akan demam dan batuk. Kami memang bagi dia susu soya Dupro Soy since 3 bulan (campur dengan breastfeed, dont judge ok? )

Alahan susu lembu ni memang tak ada ubat dan biasanya akan pulih bila dia dah masuk 4 - 5 tahun. Tapi ada potensi alergic tu tak hilang kalau :

1) Ibu bapa ada allergic 
2) Anak yang ada Eczema, Asthma & resdung



Imej yang berkaitan


























Powered By Blogger