Thursday, 20 September 2012

Ajarlah Diri Meminta Maaf.....


Assalamualaikum...

Manusia biasa seperti kita memang tak dapat lari dari melakukan kesilapan....kadang-kadang kita lalai...kadang-kadang kita lupa....tapi sebaik-sebaik orang yang melakukan kesilapan tu ialah orang yang sentiasa memperbaiki dirinya.....kalau berdosa dengan manusia,minta maaflah....tapi lepas minta maaf janganlah buat lagi...kalau berdosa dengan Allah...bertaubatlah...dosa dengan Allah,insyaAllah kalau kita ikhlas mengharapkan keampunan,Allah akan maafkan..tapi dengan manusia selagi dia xmaafkan,selagi tu lah kita akan rasa terbeban....kalau kita pernah aniaya atau memfitnah orang cepat-cepatlah minta maaf sebelum terlambat...sebab doa orang-orang yang teraniaya itu makbul...wallahua’lam..~~

"Sesungguhnya taubat di sisi Allah itu adalah orang yang melakukan dosa kerana kebodohan dan kekhilafan mereka. Lalu mereka bertaubat dengan segera. Maka mereka itulah yang diterima taubatnya.” (Surah al-Nisa’, ayat 17)

Monday, 17 September 2012

Jangan Hanya Pandang Luaran :)

Assalamualaikum….
Dulu sue selalu menilai orang dari luaran…baru jumpa dah macam-macam andaian yang diberikan…tapi bila dah dapat further study dan berjauhan dari keluarga…macam-macam ragam manusia yang sue da jumpa,barulah tau yang apa yang kita nampak dari luaran tu tak melambangkan dalaman dia..macam jugak buah..buah yang cantik dan berseri  kulitnya tak semestinya isinya elok dan manis…macam tu lah jugak dengan manusia..kadang-kadang mulut manis,muka cantik,ramah mesra mengalahkan jurujual nak promote produk diorang… tapi dalam hati penuh dengan sifat dengki dan iri hati…fitnah jadi mainan mulut…tapi bukan bermakna kita boleh bersangka buruk dengan orang lain…Cuma hati-hati je….bila kita dah terkena sekali,insyaALLAh kita akan lebih mudah nak kenal orang macam ni… ;)

Wednesday, 12 September 2012

Bersatulah ;)

Assalamualaikum...

Sekarang ni bila dunia dah semakin maju dan tanpa batasan,makin ramai yang berani meluahkan pendapat masing-masing melalui dunia maya ni. Ada kritikan yang membina,xkurang juga yang menghina...Dengan sesuka hati dan sesedap rasa mengutuk,menghina dan memaki orang lain yang tidak sehaluan atau sefahaman dengan mereka...lagi-lagi dalam hal politik...memang politik itu termaktub dalam Islam...tapi Islam tak pernah ajar kita sebagai umatnya berpecah dan saling menghina antara satu sama lain...biarlah politik itu satu medium untuk kita bermasyarakat dan bersatu untuk mencari cara memperluaskan islam.....tak perlulah kita yang mengadili siapa yang betul dan siapa yang salah...itu kan kerja Allah S.W.T? ;)



“Dan ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat:Sesungguhnya Aku akan jadikan di atas muka bumi seorang khalifah” (Al-Baqarah: 30)



Monday, 10 September 2012

Assalamualaikum...

Dulu kita panggil kain yang sehelai itu tudung,sekarang kita mula paggil ia sebagai hijab...apa pun gelarannya namun ia tetap sama....dulu wanita-wanita yang tertutup mahkotanya itu dipanggil kolot,tak menarik...tapi sekarang peredaran masa membuktikan yang tertutup tak semestinya tak menarik....tapi jelas dan nyata,sekarang makin ramai yang terlandas dari tujuan,terlencong dari matlamat...tudung/hijab hanya dianggap sebagai satu medium fesyen...mereka hanya ikut peredaran semasa...memang tak salah selagi tidak membuka apa yang patut dibalut...tapi tiada beza jika hanya di balut,tapi bukan ditutup....legging itu xsalah kerana seluar panjang kata mereka...fahamilah..legging is not a pants!tolonglah...seksanya bila tengok dah manis berhijab...tapi tengok bawah boleh nampak bentuk dan kulit kaki...dan tolonglah jangan pakai t-shirt nampak ketiak awak tu dengan tudung...walaupun ketiak awak cantik,tak ada siapa pun yang nak tengok...tak sesuai lah dengan tudung tu...ok?

sumber

kita sama-sama tak sempurna,apa salahnya kita sama-sama muhasabah diri? ;)

Saturday, 8 September 2012

Review:Lagu Teman Pengganti(Black&Malique)






Ketawa bersama
Menangis bersama
Ku bersumpah harap kita
Mati pun bersama
**satu pasangan yang sehati sejiwa dan berjanji sehidup semati

Sejak dua menjak ini
Makin kerap ku diganggu visi    
Bila celik, juga bila mimpi      
Aku nampak kau, tapi bukan aku yang di sisi
Dia membelaimu dengan izin dan permisi
Sentuhan katanya semuanya kau iakan
Sentuhan jari kau diamkan dan biarkan
    **si lelaki mula bermimpi dan mempunyai firasat si wanita akan  bersama dengan lelaki lain

Aku redha walau tidak ku damba
Walau hampa semuanya dah dijangka
Beberapa purnama dulu cinta bertakhta     *hubungan yang dijalin dah begitu lama
Kenangan dibina kita indah belaka
**si boy redha dan pasrah walau bukan itu yang dia mahu 

Ketawa bersama, menangis bersama              *setelah susah senang dilalui bersama harapan mereka dpt hidup bersama 
Ku bersumpah harap kita mati pun bersama    
Namun hakikatnya, bukan mudah                  
Aku sembunyikan gulana-gundah 
Segalanya kan berubah
Dengarkan apa yang ku mahu luah
**si boy mempunyai satu rahsia yang disembunyikannya selama ini yang ingin diluahkan

Rahsia ini
Telah lama aku pendamkan
Tiba masanya
Segala-galanya
Kuceritakan
Aku kan pergi
Pergi ku tak akan kembali
Tiba masanya
Kau cari teman pengganti
**si lelaki memberitahu yang dia akan meninggalkan dunia ini dan mengharapkan si perempuan mencari pengganti dirinya

Dalam dunia yang maya, prejudis dan bias      *dalam dunia sekarang yang penuh penipuan dan berat sebelah 
Kita tak terlepas dari terkena tempias
Rimas, ditindas, sembunyi dalam puisi dan kias   *mereka tak terlepas dari cacian dan kata2 sinis
Tidak kau bidas, tak berpaling walau sekilas      
Hanya kau yang tahu kodeksku yang kompleks  *si girl tak kisah dan tak pernah tinggalkan si lelaki dan mengerti si lelaki
Dalam disleksia cuba kekal dalam konteks        *dalam ketidakmengertiaan tentang hidup,dia cuba mengikut apa yang benar

Bila dunia seolah tak memahami
Kau sudi selami, dalami dan mengalami
Setia mendengar, sentiasa hadiir             
Ingat setiap ulangtahun, setiap hari lahir    *si boy menghargai si girl yang sentiasa ada di sisinya, memahaminya dan igt setiap tarikh-tarikh penting     

Tiba pagi syawal, kaulah yang terawal              *setiap pagi raya si girl pasti datang awal bertemu si boy
Syawal yang terakhir ini pasti rasa janggal        *syawal kali ini dia merasa janggal kerana mungkin ini syawal terakhir 
70 000 hijab harus kusingkap                            
*ini mungkin merujuk kepada satu hadis yang diriwayatkan oleh Abu Ya'la dalam Mu'jam Abu Ya'la al-Mausuli (1/83) ( Di bawah Allah terdapat 70 ribu hijab dari cahaya dan kegelapan, dan tidaklah kau mendengar sesiapa yang menyentuhnya melainkan akan musnahlah dirinya) -wallahua'lam-


Kusorok kitab balik tingkap penjara hinggap    *ini mungkin merujuk si boy yg mula mbaca kitab suci Al-Quran
Dalam diam ada, seorang yang kupuja           
Kau teristimewa tapi Dia yang sempurna         *mungkin si boy menerangkan si girl istimewa dlm hatinya tapi yg  dipujanya hanya Allah  yang Satu - tp malique menggunakan kata "seorang"..yang ni agak keliru sikit..mungkin yang jadi pujaannya Rasulullah S.A.W,Yang Sempurna Allah S.W.T

Rahsia ini
Telah lama aku pendamkan
Tiba masanya
Segala-galanya
Kuceritakan
Aku kan pergi
Pergi ku tak akan kembali
Tiba masanya
Kau cari teman pengganti

Sejak dua menjak ini, kumencari fungsi kewujudan   *si boy  mula mencari apa tugas manusia di dunia sbg khalifah
Dalam persekitaran yang penuh kejumudan              *dalam dunia yang penuh jumud=kehinaan dan kebodohan
Terperangkap dalam jasad, ku keliru                        
Mujur ada kau si peneutralisasi pilu                         *si boy mula terkeliru tp si girl sentiasa memberinya semangat

Namun aku tetap murung, berkurung
Tubuh makin susut, menunggu tarikh luput
Komplikasi di halaman susuk kiri
Makin sukar nak bernafas, nak bergerak, nak berdiri   
**penyakit yang dialami si boy mula serius dan melarat.Dia semakin tenat.

Lagu ini yang terakhir aku sajikan
Kalau rindu nanti bolehlah kau nyanyikan                           *Lagu ni lagu terakhir yg ditujukan pada si girl
Jaga diri, jangan makan hati                                            *si boy berpesan jangan susah hati dan bersedih
Yang patah kan tumbuh, yang hilang kan berganti             * si boy pesan lagi satu hari nanti si girl akan bertemu pengganti

Bilik dah kukemas, katil dah kurapi                               
Cincin, kunci, dompet dalam laci                                    *semua barang2 dia dah simpan,bilik jua dah dikemas
Ada sikit wang, itu saja baki                                         
Moga-moga cukup untuk majlis tu nanti                          *ada sedikit wang simpananya di tinggalkan,dia berharap cukup untuk majlis tahlilnya nanti 

Aku kan pergi
Bertemu kekasih abadi
Tiba masanya
Kau cari teman pengganti
**si boy semakin dekat dengan ajalnya,sekali lagi dia berpesan supaya si girl cari pengganti dirinya..            


*******

Assalamualaikum..'

Apa yang sue tafsir dari lagu ni hanyalah andaian...kalau salah harap maafkan...ini dari penilaian dan tafsiran sue sahaja...untuk perkongsian bersama ;)
                                 

Wednesday, 5 September 2012

LELAH

Jangan ganggu aku lagi,Aku hanya mahukan sedikit ketenangan,
Aku sudah kenyang dengan caci makimu,Aku lelah dengan fitnahmu...
Hatiku bukan perisai,Bukan juga baju besi,
yang bisa menangkis dan menghalang segala tohmahanmu..
Izinkan aku sesaat menarik nafas lega...di akhir-akhir waktu ku....



Friday, 31 August 2012

Kerja Bila Takde Kerja.

Assalamualaikum....

Kebosanan melanda diri ku di office hari ni..mood Merdeka sampai sebelum harinya..over ke x tu?haha..Disebabkan kebosanan takde kerja,sue melayan rasa gatal nak kawen di hati...men'design' baju kahwin idaman...dalam otak terbayang design lain...tapi bila lukis jadi lain..haha..BTW,Selamat Menyambut Hari Kemerdekan dan Selamat Bercuti... ^___^







Thursday, 30 August 2012

Penindasan Islam Di Serata Dunia : Chapter 1

Assalamualaikum....
Semakin hari semakin ramai umat islam yang ditindas....dari satu negara ke negara lain...tapi kita di Malaysia sibuk mengukur kemodenan dan tahap ke"baratan" kita...tanpa ada rasa insaf dan takut....baik yang muda mahupun tua bangka.,yang kaya mahupun yang fakir,yang berpangkat dan tidak berpangkat...semua lupa agama...semua tutup mata akan kesengsaraan mereka...Allahuakbar...~~

1.China
Pada Ramadhan tahun ini (2012),para pegawai Islam dan pelajar di wilayah barat laut Xinjiang telah dilarang berpuasa selama bulan Ramadhan.Wilayah Xinjiang dengan penduduknya yang majoriti Islam dengan 8 juta penduduk terus menjadi korban tindakan diskriminasi daripada kerajaan China. Islam Xinjiang merasa tertekan di tanah kelahirannya sendiri dengan datangnya etnik Han, etnik majoriti di China yang mengancam jati diri dan budaya mereka.Beijing menganggap bahawa daerah Xinjiang ini mempunyai aset yang sangat bernilai kerana letak strategiknya di Asia Tengah dan kekayaan minyaknya. sumber:

Rumah umat islam di Mnyanmar dibakar
2.Myanmar
Umum tahu yang masyarakat islam di Myanmar atau dikenali sebagai orang Rohingya di tindas oleh masyarakat Buddha di sana. Mereka adalah kaum minoriti dan penindasan mereka bermula dari zaman pemerintahan  Raja Bayinnaung lagi yang membenci mereka kerana agama . Raja zalim ini melarang makanan halal untuk orang islam dan melarang menyembelih haiwan dengan nama Allah serta mengharamkan perayaan AidilAdha. 



3.Palestin
Kekacauan dan penindasan di tanah rakyat Palestin masih berlaku sehingga kini, yang mana dahulunya sewaktu pemerintahan Empayar Uthmaniyyah, rakyat yang terdiri daripada pelbagai agama, bahasa dan bangsa dapat hidup dengan aman dan selamat selama lebih kurang 400 tahun. Penyembelihan dan pembunuhan yang di­lakukan dengan penuh kejam yang berterusan sehingga ke hari ini, bermula apabila kawasan tersebut jatuh ke dalam dominasi British dan ditambah pula dengan keinginan untuk me­wujudkan negara Yahudi yang merdeka. 

4.Bosnia,Kosovo
Bosnia
Ingat dengan penyembelihan beramai2 di Bosnia? bermula pada tahun 1992 dan hanya berakhir pada 1995..ketika Sue masih 2tahun..hmm..Sepanjang tempoh tersebut telah berlaku kekejaman dan keganasan yang sukar dicari contohnya di dalam sejarah kehidupan manusia. Jumlah umat Islam Bosnia yang dibunuh oleh orang-orang Serbia adalah melebihi 200,000 orang. 2 juta orang telah diusir dari rumah mereka, dan kira-kira 50,000 umat Islam wanita telah dicabul ke­pe­ra­wa­nannya. Perkara yang sama kemudian turut berlaku di Kosovo.

5.Chechnya
Sejarah perjuangan kental umat Islam Chechnya menentang Rusia bermula pada akhir abad kelapan belas berikutan dengan penawa­nan dan seterusnya pembunuhan yang di­lakukan terhadap Imam Mansur, seorang pe­juang penentang legenda, pada tahun 1791, di tangan pihak Rusia. Pada tahun 1816, selepas Czar (Pent: gelaran yang diberikan kepada raja Rusia dahulu) mengarahkan Jeneral Yermolov untuk memimpin pasukan tentera Rusia, orang-orang Chechen yang tinggal di utara Caucasus telah dibunuh dengan begitu kejam. Apabila pemimpin umat Islam Chechen Imam Hamzat dibunuh, Sheikh Shamil mengambil alih teraju kepimpinan tentera Chechen, dan mula ber­juang hebat untuk men­dapatkan kemerdekaan, yang seterusnya di­per­turunkan dari satu ge­ne­rasi ke satu gene­rasi berikutnya se­hing­ga­lah ke hari ini.

 
Kanak-kanak Chechnya
       



Al Maidah : 35
" Hai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah dan carilah jalan yang mendekatkan diri kepada-Nya, dan berjihadlah pada jalan-Nya, supaya kamu mendapat keberuntungan. "





sumber : Islamandsunnah ,Halimiislam , wikipedia ,Harunyahya

Monday, 27 August 2012

Projek 4 : Langsir Simple Untuk Mak~~

Assalamualaikum...!

Raya yang baru lepas ni mak mintak sue jahitkan langsir untuk dia...tapi langsir yang sangat2 simple sebab kesuntukan masa nak jahit...mak malas nak tempah kat orang sebab upahnya memang sangat2 mahal....jadi mak suruh la anak dara dia yang tak berapa pandai nak menjahit ni jahitkan...janji tukar baru and sedondon dengan karpet dia..huhu..

tahun ni warna hijau...^__^





Dan hasilnya tak la terlalu memberangsangkan...tapi boley laa....;)



Sunday, 26 August 2012

Raya oh Raya..! ;))

Assalamualaikum....!

Selamat Hari Raya...Minal Aidil WalFaizin...;))

Da seminggu beraya...masa bekerja pun tiba...huhhh....kan bagus kalau cuti 2minggu..haha
Bila baru habis raya ni percaya la...time kerja nanti mesti ada yang bawak bekal biskut raya g tempat kerja punya..;)
Yela...time raya tak beringat...baju raya sampai 7-8 pasang...kasut raya 5 pasang...langsir baru,perabot baru,semua nak baru....sudahnya lepas raya makan lebih2 kuih raya je laa..haha...tak faham kenapa bila raya je mesti nak semuanya baru.,x salah..tapi biar berpada-pada....kalau kita membazir apa guna kita berpuasa?bukan ke salah satu sebab kita berpuasa tu supaya kita dapat merasa kesusahan orang lain n bersederhana??Raya bukan masa kita tunjukkan baju raya siapa lebih cantik,perabot siapa paling mahal dan siapa paling 'vogue'....tapi raya masa kita meraikan kemenangan kita setelah berpuasa selama sebulan...betul kan?
;))


Sesungguhnya orang-orang yang boros itu adalah saudara-saudara Syaitan, sedang Syaitan itu pula adalah makhluk yang sangat kufur kepada Tuhannya.
Surah Al-Isra' : Ayat 27





Thursday, 16 August 2012

Berita Paling Tak Relevan TV3..~~

Assalamualaikum..!

Semalam bersemangat menunggu dekat depan tv sebab nak membuktikan ketidak relevanan Buletin Utama tv3 bila dia boleh keluarkan cerita pasal kes Neelofa dengan Datuk Yusof Haslam??Siap keluar dekat "sedutan berita malam ini" tu..!Penting betul diorang dekat negara kita ni..!Sedangkan berita tentang kematian Datuk Punch Gunalan diorang tak masokkan dalam sedutan berita...apakah??

Friday, 10 August 2012

Mood Raya ;)

Assalamualaikum...!

Salam 21Ramadhan..;)
Tak sangka da 21hari kita menahan lapar dan dahaga...n seminggu je lagi untuk menyambut hari raya...disebabkan mood raya lah aku mengambil keputusan untuk cuti selama seminggu...hamek kau!macam orang kerja gomen!

Alhamdulillah..Puasa kali ni aku lebih dekat dengan-Mu Ya Allah... ;))

Friday, 13 July 2012

ANAK KUCING TERPERANGKAP DALAM KAPAL TANPA MAKAN DAN MINUM

Assalamualaikum..!

Subhanallah...Terbaca dekat yahoo tadi pasal seekor kucing ni yang dibawa 'berlayar' dari Shanghai ke Los Angeles (L.A ler..) tanpa ada makanan dan minuman disebabkan terkunci dalam kontena yang membawa barangan dekat atas kapal tu....yang ajaibnya kucing ni masih lagi hidup...ye lah..,perjalan dari Shanghai ke L.A tu mestilah 20 hari atau lebih kan...tapi kucing ni boleh survive tanpa makan dan minum..kuasa Allah...


Disebabkan kucing ni dipercayai dari Shanghai,China,dia diberi nama Nee-How yang bermaksud 'apa khabar' atau 'hello' dalam bahasa mandarin...sekarang ni dia dijaga oleh Carson Animal Care Centre sebelum dicarikan keluarga angkat....meeooww! ;)

Friday, 22 June 2012

Pengalaman Vs Kelulusan?

Assalamualaikum..!

salm jumaat semua...;)
Pengalaman Vs Kelulusan?Dulu sue sibuk nak sambung belajar untuk dapat kelulusan yang lebih tinggi dari sijil SPM. Sekarang bila dah mula bekerja di sektor swasta,rasa macam kelulusan tak bagi apa2 makna pon kalau takde pengalaman kerja...yelah..orang yang cuma ade SPM dengan pengalaman 3tahun boleh dapat gaji yang lebih tinggi..!berbaloi ke?diorang tak payah susah2 nak bayar PTPTN pon...!nak bayar duit yuran Graduate bagai...untunglah badan....

Lepas tu biasanya fresh graduate akan duduk bawah diorang dan akan dimarah dan diherdik bila buat salah.....biasala kan..,nama pon kerja...hmmmm

Tapi sue percaya..belajar bukanlah semata-mata untuk mendapat pekerjaan......InsyaAllah ilmu tu boleh dipraktikkan dalam kehidupan....dan rezeki ALLAH ade kat mana2...mungkin sekarang belum lagi...next time maybe?Pray for me..;)

Saturday, 16 June 2012

Nur Elaine Aisyah : Mualaf Ditentang berhijab...~~

Assalamualaikum..!

Dalam majalah 'Nona' Jun 2012 yang lepas....banyak isu 'hijab' yang diketengahkan.......dalam banyak-banyak personaliti yang muncul dalam majalah tu ada sorang wanita yang buat sue tertarik sangat-sangat.....seorang mualaf yang dulu beragama buddha.....nama beliau Nur Elaine Aisyah.....yang buat sue tertarik ialah kisah dia ditentang keluarga dia untuk berhijab sampaikan bila balik ke rumah ibu bapa dia,Aisyah terpaksa membuka hijab....

Nama sebenar Aisyah sebelum islam ialah Chua Siew Keng...beliau mula kenal islam semasa bekerja di Singapura....Kat sana lah Aisyah ni berkursus agama dan menukar agama kepada agama ALLAH,Islam di bawah JAKIM.Masa tu Aisyah ni belum berkahwin lagi...sekarang ni dia dah kahwin ....

Satu yang buat sue terkesan ialah bila Aisyah ni cerita...keluarga dia pertikaikan,why some born muslim dont wear hijab but she as a convert must wear hijab...? Bila kita fikir balik apa yang family Aisyah ni cakap ada logiknya....nampak tak apa kesan bila kita yang born as a muslimah not wearing tudung and covering aurat? Kita membuat orang yang bukan islam meragukan kewajipan menutup aurat dalam Islam..Kenapa Aisyah yang lahirnya bukan sebagai islam beria2 menutup aurat walaupun ditentang orang yang yang melahirkan dan membesarkan dia? Mungkin ada yang cakap dia dapat hidayah..bolehlah....tapi hidayah takkan datang kalau tak dicari kan?Wallahualam~~

Nur Elaine Aisyah


Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar) cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani - al-Ahzab : 59 

Melayu dan Bomoh..!

Assalamualaikum...!

Musim berasap nampaknya sekarang ni....bukan berasap ape...tapi jerebu...pagi2 nak pegi keja macam shooting filem seram je...hahaha

Cakap pasal seram...mesti ingat pasal bomoh!dalam zaman-zaman moden ni ada jugak lagi yang menggunakan khidmat si bomoh ni....untuk cari jodoh,naik pangkat,untuk bos sayang,laris meniaga,bla...bla...bla.....
 
Apa yang hebat sangat bomoh ni?dah terang lagi bersuluh yang menyekutukan ALLAH ni hukumnya SYIRIK!Dari kita dok jumpa bomoh yang baca hape tah terkumat kamit...lebih baik kita amalkan doa-doa dan ayat2 Al-Quran.....dapat pahala lagi...

Sebenarnya bukan melayu je yang percaya kan bomoh ni....bangsa lain pon percayakan bomoh jugak...tapi kita sebagai Melayu ni dah sah2 beragama ISLAM...nak buat apa berpegang dengan bomoh ni?kadang-kadang tu bukan main hot lagi mengalahkan Megan Fox...cakap melayu pon ada slang english...tapi pergi jumpa bomoh nak naikkan seri la...nak pasang susuk la...nak naik pangkat la...

hmmm...sendiri mau ingat la bila da guna bomoh ni....bomoh ni macam pengantara kita dengan Syaitan dan Iblis.....maknanya kita dah berurusan dengan setan...masih layak ke kita dipanggil ISLAM bila kita dah menduakan ALLAH?Nauzubillahiminzalik...~~

Sunday, 20 May 2012

Aku Lemah

Aku Lemah Pada Diriku Sendiri
Aku Lemah Pada Nafsu Yang Menggila
AKU Lemah Pada Rayuan Dan Pujuk Rayu
Aku Lemah Pada Penipuan Yang Nyata
Kerana Aku Manusia Yang Terlupa Pada Pencipta
Dan lupa Tentang Hidup Disana....




Friday, 11 May 2012

Saya Suka GM Klang ;)

Assalamualaikum..!

Hari ni sebagai penganggur terhormat,saya melakukan kerja sambilan iaitu sebagai peneroka "shopping centre"...hehehe

Saya ke GM klang yang berdekatan dengan AEON Shopping Center Bukit Tinggi,Klang.....barang kat sini memang murah..ulang lagi..MURAH..hehe...sebab kat sini banyak menjual barang borong.....mula2 hajat kami nak mencari kerja...tapi tercari benda lain pulak..hakhak..

ini lah GM Klang... :P


Macam2 kita boleh cari kat sini dari pakaian,aksesori,minyak wangi,bag,barang perhiasan rumah dan KASUT..! ;))

Selepas meneroka dan berpusing,terbeli pulak kasut baru..!high heel lagi tu u ollsss...!hehe...n harga kasuttu cuma RM25.....sebab tu saya beli...bersesuaian dengan bajet saya sebagai penanam anggur sementara..huhuhu..


promote kasut baru..hehehe


;))




Wednesday, 9 May 2012

*Tiada Beza*

*Ayah ibu..
Memang dia tiada kelulusan..memang dia tiada pangkat dan nama..
Apatah lagi harta..tapi dia punya setia dan usaha
Dia punya kejujuran dan tawakkal
Dia punya pendirian dan kelembutan
Dia juga sama seperti kita....
Percaya pada Allah yang satu..tiada beza*



Cari Kerja : Part 2

Assalamualaikum..!

Cari dan mencari lagi...itu je lah kerja saya setakat ini...masuk ke setiap syarikat dan kilang mengisi borang...dan borang tu entah di tengok atau di jadikan kertas contengan sahaja....hampir berputus asa sudah..surat perjanjian PTPTN pon dah ramai yang dapat...cuma saya je yang belum terima berikutan pertukaran alamat...hmm...mungkin rezeki belum berpihak lagi untuk mendapat pekerjaan..

Kebanyakan dari mereka2 ni nak kan pengalaman..so fresh graduate macam saya ni nak dapat pengalaman macam mana kalau tak diberi peluang untuk membuktikan kemampuan kitorang?Walaupun hanya sebagai kerani dah dianggap pengalaman berharga ...tapi jangan lah kerana kami takde pengalaman,disuruh kerja sebagai buruh kasar....bukan memilih,tapi sekurang-sekurangnya biarlah apa yang kami belajar dapat dimanfaatkan....

Bila menganggur macam ni n tengok kawan-kawan yang cuma berbekalkan SPM dah ada kerja tetap dan dah berkereta..ada jugak yang dah berkeluarga,rasa macam terpinggir dan menyesal....tapi orang kata apa yang dah ditetapkan untuk kita mesti ada hikmahnya...so..usaha selagi termampu dan tawakkal je lah...

Niat cuma nak membantu meringankan beban keluarga..harap-harap diperkenankan..InsyaAllah....Aminnnn...


;))

Please!!!!

Tuesday, 8 May 2012

Yang Wajib Dalam Drama/Filem Melayu

Assalamualaikum..!

Sekarang ni da makin banyak drama dan filem melayu yang diterbitkan...kalau dulu nak tengok drama melayu kt tv susah betul..kt pawagam?lagi lah susah...filem baru keluar sebulan sekali (tu pun xtentu)....tapi sekarang dah makin banyak...tapi drama dan filem melayu ni ada identiti dia..benda2 ni memang tak lari dari drama/filem kita....hehehe

* Bab makan kat restoran/warung/kafe MESTI ada.... bincang masalah keluarga kat meja makan,bergaduh    dengan kekasih kat cafe,melamar kat restoran,bergaduh kat warung...huhuhu . Mungkin untuk menunjukkan yang rakyat Malaysia sememangnya suka makan ;D

edtv-zahidizakariya.blogspot.com
* Watak gadis kampung mesti pakai baju kurung english cotton (yang bunga kecik2 tu) dan naik basikal . Pastu kalau tak pakai tudung rambut tocang..hehehe

* Kalau watak setiausaha pulak,mesti seksi pakai dress n skirt pendek...pastu ada affair dengan bos..

* Tak kira lah kaya ke miskin...kalau sakit mesti masuk hospital swasta..kalau further study pon kolej swasta...pelik-pelik....


* Watak janda/andartu meletup kampung mesti pakai kebaya nyonya..and then bawak payung..ergghhh

* Kalau watak bos garang,bila masuk ofis mesti ada dialog ni : ''kenapa berkumpul ni?curi tulang ye..!"
"awak ingat ni ofis bapak awak?pergi buat kerja..!' dah tu mintak fail kat staff... "mana fail yang saya mintak semalam "

* Tidur,makan,sakit,sembahyang,sarapan mesti pakai make-up....paling kurang pun pakai bulu mata palsu..hahaha....

* watak budak nakal kat sekolah kalau yang perempuan lipat lengan baju sampai lengan....yang lelaki baju tak tuck-in,baju tak butang...watak budak baik pulak pakai tudung or tocang dua...kadang2 jadi budak form 5 tapi bawak buku teks form 3...

* Mesti ada watak perampas suami/kekasih orang...pas tu mesti seksi,solek tebal,hot...

* Kalau ending dia watak jahat mati...mesti kena langgar kereta atau lori,kalau tak kena pukul dengan samseng


hahaha..jangan marah la ye....saje je mengutarakan pendapat... ;)

Monday, 7 May 2012

Realiti Cari Kerja Zaman Sekarang

Assalamualaikum..!

haha..mood mencari kerja..!susah betul nak cari kerja zaman sekarang ni..melainkan ada orang dalam...yes..! 'orang dalam'..!itu memang perkara biasa kat negara kita ni...sesiapa yang saudara-mara kaum kerabat dia ade dalam satu syarikat tu akan mudah diserap masuk untuk bekerja dalam syarikat tu..so..orang yang takde 'orang dalam' (cam saya ni) akan bertungkus-lumus la mencari kerja..apply sana..apply sini..tapi?HAMPA~~

Lagi satu la masalah nak cari kerja ni...kebanyakan syarikat-syarikat korporat,perkapalan,perkilangan kat Malaysia ni di kuasai oleh golongan CINA....diorang ni biasanya hanya akan menggaji pekerja yang berbangsa cina sahaja untuk kerja pentadbiran,kewangan,pemasaran dan kewangan diorang...kalau diorang ambil pekerja bangsa lain pun gaji yang ditawarkan kurang 20% dari gaji pekerja yang sama bangsa dengan diorang...ini dari pengalaman rakan-rakan rapat and saya sendiri....memang susah nak cari kerja zaman sekarang ni..lagi-lagi orang yang bijak dan berpelajaran da terlalu ramai...hmm...takpelah,ade rezeki InsyaAllah akan dapat jugak kerja yang sesuai...cuma jangan terlalu memilih...

Doakan saya ok? ;))



Tuesday, 17 April 2012

PROJEK 3 : POLKA DOT itu SWEET ;)

Assalamualaikum...

awal x saya meng"update" blog?hihi...da 3 hari tido lewat macam ni...jangan ikot ye..!kali ni nak kongsi projek ke-3... POLKA DOT MAXI DRESS ..... Corak polka dot ni memang sweet n sesuai untuk wat kte nampak remaja n funky.....xkira lah polka dot yang besar-besar or yang kecik-kecik....but im prefer the small one...x nampak over bila pakai...macam kat bawah ni...

kredit to famecherry.com




So dengan pantasnya saya memulakan projek dengan mencari kain polka dot yang saya rasa cantik...kain ni di beli oleh my sister...sebab maxi skirt ni memang untuk dia....kainnya tebal n senang dijahit...so selepas 2 jam inilah hasilnya....




                               
hihihi...  budak baru belajar....macam ni lah hasilnya...tapi akan dipertingkatkan lagi mutu keunggulannya..hahaha..

;))

Tuesday, 10 April 2012

Projek 2 : Green Maxi Skirt

Assalamualaikum..;)

Sekarang ni da makin ramai yang suka pakai maxi dress....tapi harga maxi dress ni memang boleh tahan jugaklah kemahalan dia...lagi2 for student like me...;P....so,i have sew a chiffon maxi skirt for outing nanti...huhu...

Maxi skirt kat bawah ni dari mellovelly...warna hijau dia sangat menarik hati saya...:))

Cantik n Simple...;)


so selepas da dpt kain..projek menjahit pon dimulakan....selepas satu hari setengah maxi skirt ni dapat disiapkan....walaupun ada kecacatan sikit kt pinggang...tapi im satisfied..hhuhu...so..inilah hasilnya....



hehe..macam model tak?haha



Saturday, 7 April 2012

Project 1 : Black Long Dress

Assalamualaikum peeps!

Minat menjahit da datang balik dalam diri ni...!huhuhu...so projek pertama ialah sehelai dress hitam...Mulanya nak pakai untuk Majlis makan malam kat kolej...tapi disebabkan masalah-masalah tertentu yang tak dapat dielakkan..,tak dapatlah pergi...so baju ni wat pekasam je la...!

perancangan asal~~



Hasilnya amat berbeza dari yang di atas...sebab saya main jahit ikut suka hati je....haha

so..heres the dress...



Abaikan kesepahan yang ada di belakang tu..heehee


Nanti kalau ade peluang utk pakai dress ni..,akan di snap2 lagi..;))

Monday, 27 February 2012

Baucer Buku 1Malaysia~~

Assalamualaikum~~

Baucer buku 1Malaysia da pon dpt =D
so misi menghabiskan baucer ni telah dilancarkan oleh saya dan kawan-kawan saya yg overexcited 2...hehe
Da abez pon...sebenarnya baucar buku ni memang sangat2 berguna untuk student....Tapi ada yang xtahu bersyukur n jual baucar buku ni....negara lain xdapat tau ni semua!so bersyukurlah ye~~
Baucer ni boleh di gunakan untuk belikan buku adek2 jgak...so yang ade adek-adek yang sekolah lagi tu..,jangan kedekut ok!

Tapi janganlah jadi seperti saya yang suka beli buku seperti :



hhehe...biasalah..perasan muda kan...tapi ada 1 buku yang best..! Sue suka sebab sue minat dengan cerita-cerita macam ni...n i'm one of the Sherlock Holmes Series fans...


 Yang dapat baucer buku tu...selamat jadi ulat buku la ye! ;)

Membaca Jambatan Ilmu~~heehee


Sebelum balik dari kedai buku posing dulu..hehe



Sunday, 19 February 2012

*AKAL*

Akal tak selalunya dapat berfikir secara waras..kadang-kadang akal tidak berfungsi dengan sempurna..sebab itulah kita selalu melakukan DOSA....kerana kita tak menggunakan akal dengan sepenuhnya..hanya memikirkan dunia,hingga lupa pada yang maha ESA~~


Powered By Blogger