Tuesday, 21 July 2015

Wedding Colour Theme

Hye Peeps,

Lets talk about wedding theme colour :). I love peach and pastel colours. As I have been propose...hehehe...first step I think is the theme colour I want to choose. I am thinking to choose peach and brown or peach n gold :)

Wednesday, 8 April 2015

Kahwin.

Assalamualaikum.

Sebut kahwin siapa yang tak suka, siapa yang taknak..betul? Lagi-lagi bila umur dah lebih 21 tahun, itu lah target dan motivasi nak cari duit lebih untuk sesetengah orang.

Tapi dalam excited nak kahwin, selalu kita lupa tanggungjawab kahwin tu bukan macam main kahwin-kahwin masa tadika. Kena betul-betul sedia dan faham yang lepas kahwin komitmen kita bertambah, sebagai suami/isteri,anak,menantu,ibu/bapa & pekerja. Seriously, i want to get married, but honestly i'm not ready yet. Walaupun dalam usaha ke arah tu, tapi jujurnya masih ragu.

Bukan taknak kahwin,gila taknak!hahaa..tapi mungkin persediaan mental belum cukup. To those who are married, you are awesome! but please don't judge us and stop asking when we  will getting married. Jodoh itu ditangan Allah, kalau anda-anda semua persoalkan jodoh kami, samalah macam anda persoalkan kerja TUHAN. Just live your life happily, insyaAllah we will follow you after our dreams have been fulfilled.

Amin. :)

Sunday, 5 April 2015

Pervert?Otak kuning?

Assalamualaikum.

Tak sedar dah masuk bulan April untuk 2015 ni. Makin cepat masa berlalu. Tajuk kat atas ni maybe buat sesetengah dari kita melenting,tapi itu lah realiti. Baru-baru ni keluar post dekat facebook pasal perkahwinan syarifah sakinah, tergerak nak tengok komen, majoriti yang komen semua bunyinya:
"malam ni ada yang pecah lah,kalau virgin lagi..huhu"
"habislah husband sakinah...dia ni buas..."
"malam ni katil goyang lah"

APA JADAHNYA WOI?yang komen pon ada jugak perempuan. Memang bila ada yang bernikah,itu je ke kat fikiran korang?pervert sangat ke pemikiran bangsa kita ni? Itu belum masuk kes officemate2 yang dah kahwin bergurau lucah setiap khamis. Please lah, behave sikit...tau dah halal,tapi bukan tiket nak cerita hal dalam kain kat orang lain. Simpan-simpan lah pervert korang tu untuk diri sendiri dan suami/isteri. 😒

Monday, 16 June 2014

Bila Kerja Berkaitan dengan Imigresen.

Fuhhhh......berhabuk blog dekat 2 tahun. Semenjak bekerja dan laptop dah"meninggal dunia" memang takde peluang nk menghapdate blog.

Terfikir nak update blog bila takde tempat mencurah,meluah dan mencampak rasa stress bekerja..haha. Disebabkan kerja menguruskan pekerja asing,so banya la liase dengan Imigresen Malaysia. Frankly speaking,kerja ni mudah tapi sangat sangat sangatlah leceh,complicated dan kadang-kadang annoying..huh! Jumaat lepas,terpaksa drive jejauh ke Putrajaya untuk endorsement PLKS seorang pekerja (all the way to Putrajaya for just one worker..--")walaupun seorang tapi mengambil masa setengah hari...and walaupun anda datang awal pagi tp delivery of the ready PLKS still same with the one that late...hadoyaii...terpaksa la tunggu...nasib baik untuk endorsement kali pertama tak perlu ambil no giliran...datang terus tunggu pegawai  naikkan dua kotak,,satu untuk renewal and satu lagi untuk 1st endorsement. Dekat kotak ada tampal dokumen2 yang diperlukan seperti :
1) Calling visa
2)Resit bayaran levi & visa
3)Yellow kad
4) Borang 49/SSM
5)IC majikan

so make sure la benda2 ni ada sebelum permohonan ditolak bulat2
 tanpa kompromi..hahaha
Sekian,terima kasih. ^_^t

Monday, 18 March 2013

Kerja

Assalamualaikum..~~
Its been a week after the PAC programme..PAC tu stand for Program Assesment Centre..untuk kekosongan jawatan2 kerajaan..PAC yg sue sertai untuk jawatan Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam S27,agak susah jugak lah,ada 6 aktiviti,4 penyelesaian masalah,pengucapan awam berbentuk tazkirah dan qiraah Al-Quran..cramp jugak otak dibuatnya..tak taulah kenapa,sue tak ada semangat pon untuk dapat jawatan tu..rasanya belum cukup layak dan rasa terlalu rendah diri berbanding peserta yang lain..

Sebenarnya,tak kira lah apa pun pekerjaan kita,swasta ke,kerajaan atau kerja sendiri,biarlah pekerjaan tu benda yang kita rasa gembira bila kita buat.,tak guna gaji beribu riban kalau kerja kita tu kita tak suka,its can effect our life..ia boleh buat kita murung,pemarah,tak produktif dan malas..biar lah bila kita kerja,kita boleh belajar banyak benda.,biarlah kita bermula dari bawah.,rezeki tak datang bergolek..tak ada orang yang keluar2 dari ipt je da jd pengurus (kecuali kalau company bapak dia la).,biarlah kita belajar bekerja dulu sebelum mengajar orang lain tentang kerja...;)

Wednesday, 20 February 2013

Manusia Itu Sama

Assalamualaikum.

Selamat petang hari ke 20 dalam bulan Februari..;)
Walaupun otak da masok angin,tapi hati terdetik beritahu akal untuk mengarahkan tangan menaip. ;)
Apa ada pada sijil dan ijazah?cuma sekeping kertas yang tertulis bahawa kita dah menjalani 2,3,4,5 (dan seterusnya) tahun mempelajari sesuatu bidang. Tak tertulis pon kat situ kita dapat masuk syurga kalau ada diploma,ijazah dan whatsoever la..tapi tak faham dengan orang yang terlalu banggakan tahap pendidikan sampai menghina orang yang berkelulusan rendah dari dia. Tak terfikir ke manusia macam tu yg direndah-rendahkan dan dihina tu juga manusia?Proses kejadian manusia tak kira apa pun kelulusannya tetap sama.,dari air mani menjadi janin..tak teringat kah?

Wordless Wednesday

Powered By Blogger